Polisi Privasi
Dikemas kini: 1 November 2026
Polisi ini menerangkan data yang Sewaloka kumpul melalui sewaloka.my, sebab ia digunakan, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang kami kumpul
Kami hanya kumpul data yang diperlukan untuk menjalankan Sewaloka:
- Akaun REN dan agensi: nama, emel, telefon, nombor pendaftaran, agensi, nombor SSM, gambar dan kawasan liputan.
- Listing: maklumat hartanah, gambar dan alamat yang anda masukkan.
- Pertanyaan: nama, telefon dan mesej yang pelawat hantar kepada REN.
- Penggunaan laman: halaman dilihat, tekan WhatsApp dan maklumat teknikal seperti alamat IP dan jenis pelayar.
- Pembayaran: rekod pesanan token. Butiran kad atau bank diurus oleh Billplz dan tidak disimpan oleh kami.
Data daripada Threads dan Facebook
Jika REN menyambung akaun ke RENCast, kami menerima dan menyimpan:
- ID dan nama akaun Threads, atau ID dan nama Page Facebook.
- Token akses, disimpan terenkripsi dan hanya digunakan untuk menerbitkan post yang REN jadualkan.
- Rekod post yang dihantar melalui Sewaloka dan statusnya.
Kebenaran Meta yang digunakan
Kami tidak membaca mesej peribadi, senarai rakan atau kandungan lain dalam akaun anda. Data Meta tidak dijual, tidak digunakan untuk iklan, dan hanya digunakan untuk menyediakan RENCast.
Cara data digunakan
Data digunakan untuk memaparkan listing dan profil, menghantar pertanyaan kepada REN, mengesahkan pendaftaran dengan daftar LPEPH, memproses pembayaran, menghantar notifikasi, melindungi laman daripada penyalahgunaan, dan menerbitkan post yang REN minta.
Siapa yang menerima data
Kami tidak menjual data peribadi. Data dikongsi hanya dengan pembekal yang membantu kami menjalankan perkhidmatan:
- Brevo untuk emel, Billplz untuk pembayaran, Cloudflare untuk keselamatan laman, Telegram untuk notifikasi, dan Google jika anda log masuk dengannya.
- Meta, apabila REN menerbitkan post melalui RENCast.
- Maklumat listing dan profil REN adalah awam dan boleh dilihat oleh sesiapa.
Berapa lama data disimpan
Data disimpan selagi akaun aktif atau selagi diperlukan untuk tujuan di atas dan keperluan undang-undang, seperti rekod pembayaran. Token RENCast dipadam sebaik sahaja akaun diputuskan.
Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda, dan menarik balik persetujuan. Hubungi [email protected]. Lihat bahagian Padam data anda di bawah.
Padam data anda
Untuk putuskan Threads atau Facebook, yang serta-merta memadam token dan membatalkan post yang dijadualkan:
- Log masuk ke Sewaloka dan buka Settings → RENCast.
- Tekan Putuskan pada akaun berkenaan.
Anda juga boleh membuang Sewaloka dari tetapan Apps and Websites dalam Facebook, atau Website permissions dalam Threads.
Hantar emel ke [email protected] dari alamat emel akaun anda, dengan tajuk "Padam data". Kami akan mengesahkan permintaan dan memadam akaun, profil, listing dan data RENCast anda dalam masa 30 hari.
Rekod yang wajib disimpan oleh undang-undang, seperti rekod pembayaran, disimpan sehingga tempohnya tamat.
Hubungi kami
Sewaloka, emel [email protected].