Terma Penggunaan
Dikemas kini: 1 November 2026
Dengan menggunakan sewaloka.my, anda bersetuju dengan terma ini. Sewaloka dikendalikan oleh Sewaloka.
Perkhidmatan kami
Sewaloka ialah platform untuk REN, PEA, REA dan agensi berdaftar mengiklankan hartanah, dan untuk orang awam mencarinya. Kami bukan ejen hartanah dan bukan pihak dalam sebarang urus niaga.
Akaun REN dan agensi
Anda mesti memberi maklumat yang benar, termasuk nombor pendaftaran yang sah, dan menjaga keselamatan akaun. Kami boleh menolak, menggantung atau menutup akaun yang melanggar terma ini atau undang-undang.
Listing
Anda bertanggungjawab atas ketepatan listing dan hak ke atas gambar yang dimuat naik. Listing mesti sah, benar dan mematuhi peraturan LPEPH. Kami boleh menyemak, menolak atau membuang listing.
RENCast
RENCast menghantar post ke akaun anda sendiri dan digunakan atas tanggungjawab anda. Anda bertanggungjawab atas kandungan post dan mesti mematuhi terma Meta. Meta boleh menghadkan atau menyekat akaun anda, dan kami tidak boleh memulihkannya. Kami tidak menjamin post terbit tepat pada masanya, reach, lead atau jualan.
Token dan pembayaran
Pembelian token diproses oleh Billplz. Harga dan perkhidmatan berbayar dipaparkan sebelum anda membayar.
Kalkulator
Kalkulator di Sewaloka adalah anggaran sahaja dan bukan nasihat kewangan, perundangan atau cukai.
Had tanggungjawab
Sewaloka disediakan seadanya. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat penggunaan laman, urus niaga antara pengguna, atau gangguan perkhidmatan pihak ketiga.
Perubahan dan undang-undang
Kami boleh mengemas kini terma ini, dan tarikh di atas akan berubah. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Hubungi kami
Sewaloka, emel [email protected].